MENGAPA MASIH RAMAI YANG PERCAYA BUMI ITU LEPER



Walaupun kepercayaan bumi berbentuk leper telah dibuktikan SALAH atau KARUT oleh Ahli-Ahli Sains Fizik dan Astronomi,namun komuniti bumi leper ini semakin berkembang termasuk di negara maju seperti Amerika. Jangan terkejut jika di antara individu2 yang mendokong ideologi bumi leper ini termasuk dalam kalangan selibriti dan tokoh2 masyarakat yang ada pengaruh. Saya ada membaca satu rencana yang menulis mengapa kepercayaan bumi leper ini terus hidup dan berkembang. Saya percaya mungkin 10-15% daripada sahabat2 facebook saya masih ragu bahawa bumi ini berbentuk sfera atau lebih tepatnya "oblate spheroid" ataupun mereka sudahpun merupakan ahli komuniti bumi leper. Seperti yang saya tulis di dalam posting yang lalu bahawa apabila tersalah pilih guru, tersalah masuk kumpulan dan taksub kepada kepercayaan yang ditanam di dalam kumpulan itu, maka apa sahaja jenis maklumat yang disampaikan akan dipegang oleh ahli kumpulan tersebut. Media sosial terutama youtube dan facebook memainkan peranan yang sangat besar di dalam mengembangkan kepercayaan bumi leper ini. Mereka boleh wujudkan filem dokumentari mereka sendiri dan banyak siri bual bicara/tv show dan sesi "ilmiah" yang dikendalikan oleh "guru2" mereka disiarkan sehingga pengikut merasa kagum dan terpengaruh. Mereka juga mempunyai pertubuhan antarabangsa, buletin dan majalah bumi leper yang diterbitkan. Walaupun kepercayaan bahawa bumi leper ini tidak memudaratkan, tetapi berkembangnya kepercayaan ini menjadi petunjuk semakin tergugatnya kewibawaan komuniti ahli2 sains moden yang membawa ilmu yang lebih tepat berdasarkan bukti saintifik yang objektif. Ia juga petujuk kepada kurangnya kepercayaan terhadap sistem pendidikan dan badan2 kerajaan. Hari ini yang menjadi penentu sesuatu kebenaran nampaknya bukan lagi bukti yang kukuh tetapi bagaimana sesuatu kepercayaan itu dapat disebarkan secara berkesan melalui media masa dan media sosial untuk mempengaruhi orang ramai. Ianya seperti satu bentuk peperangan siber di mana yang menang tidak semestinya benar dan yang kalah tidak semestinya palsu. Bagi komuniti bumi leper yang saban hari mendapat maklumat dari rakan2 mereka serta media sosial tajaan guru2 mereka, mereka melihat komuniti bumi sfera dan ahli2 sains moden sama seperti mana pengikut2 ahli sains moden melihat mereka. Maksudnya mereka yakin penuh dengan kepercayaan bumi leper sebagaimana ahli kumpulan bumi sfera mempercayai bumi itu berbentuk sfera. Cuma perbezaan yang ketara adalah mereka tidak berjaya membuktikan pegangan mereka secara saintifik dan objektif berbanding dengan pihak yang satu lagi di mana sudah ada bukti yang sangat kukuh termasuk melihat sendiri bentuk bumi dari angkasa lepas. Komuniti bumi leper menggunakan hujah pseudosains dan teori konspirasi untuk mempertahankan kepercayaan mereka.Penerangan menggunakan teori konspirasi ini lebih meyakinkan pengikut2 mereka lebih2 lagi jika yang bercakap itu seorang yang berpengaruh dan yang mendengar itu pula tidak mempunyai asas ilmu yang kukuh. Di antara teori konspirasi yang digunakan oleh pejuang bumi leper adalah penipuan pihak NASA di dalam menghasilkan imej bumi dengan menggunakan photoshop, menggunakan camera lensa lebar dan alat GPS dimanipulasikan sehingga juruterbang nampak seolah2 bumi itu sfera. Ada juga percaya pinggir bumi ini disempadani oleh bongkah ais setinggi 150 kaki dan dikawal oleh agen2 NASA agar ia tidak dirobohkan oleh manusia dan jatuh ke bawah. Bagi mereka graviti adalah ilusi dan tidak wujud, yang berlaku adalah bumi ini bergerak laju ke atas. Banyak lagi teori2 pseudosains dan konspirasi digunakan oleh mereka untuk meyakinkan ahli2 dan membenarkan apa yang mereka percaya. Kepercayaan bumi leper ini adalah manifestasi pengaruh dan ketaksuban terhadap sesuatu kumpulan dibantu oleh media sosial dan internet yang menjadi platform bagi menyebarkan sesuatu kepercayaan dengan berkesan. Jika yang mempunyai asas pengetahuan sains pun boleh terperangkap apatah lagi orang biasa. Mereka yang taksub terhadap kepercayaan ini memang sukar untuk dipulihkan kerana kepercayaan ini seperti satu pegangan hidup. Jika dibawa mereka naik ke angkasa lepas dan melihat sendiri bentuk bumi pun belum tentu mampu untuk mengubah pendirian mereka. Kepercayaan ini hanya satu dari banyak lagi bentuk kepercayaan karut yang wujud di dunia ini, semuanya menggunakan modus operandi yang sama untuk menarik pengikut. Orang ramai perlu menjauhkan diri daripada terperangkap di dalam gerakan bumi leper dan apa-apa sahaja jenis kepercayaan yang menyimpang dengan memilih guru yang betul dan meningkatkan pengetahuan dengan banyak membaca serta bertanya pakar-pakar yang layak. Untuk mengurangkan pengaruh golongan ini, senjata yang sama perlu digunakan oleh pendokong dan komuniti sains moden, iaitu melalui pengaruh yang lebih kuat di dalam media massa, internet dan media sosial bagi menyebarkan ilmu yang betul kepada orang ramai. Jangan diberikan promosi percuma kepada mereka kerana itulah senjata mereka untuk berkembang. Pengaruh media sosial tidak boleh dipandang ringan kerana ia mampu menukar kepalsuan menjadi sesuatu yang kelihatan benar. Pakar yang sebenar boleh dianggap penipu dan bodoh, manakala si jahil yang sesat boleh dianggap seorang pakar yang hebat. Tidak mustahil dunia akan diperintah dan dikuasai oleh orang2 yang sesat dan jahil. Dato' Dr Rushdan Noor 12hb Oktober 2019 https://www.google.com/amp/s/pursuit.unimelb.edu.au/articles/why-do-some-people-believe-the-earth-is-flat.amp https://www.google.com/amp/s/www.livescience.com/amp/24310-flat-earth-belief.html


                 Penulis

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

Recommanded Sites
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now