• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

BAGAIMANA MENCEGAH KANSER

 

 

Kanser disebabkan oleh kelainan ataupun mutasi bahan baka/gene yang mengawal pembiakan sel. Mutasi ini berlaku akibat daripada terdedah kepada punca penyakit kanser samada daripada dalam badan ataupun luar badan. Pendedahan kepada punca kanser berlaku sepanjang masa. Mutasi berlaku secara rambang dan berulang2 tetapi badan yang sihat mampu untuk memperbaiki kerosakan ini. Hanya apabila badan gagal memperbaiki kerosakan atau wujudnya faktor penggalak kanser, barulah sel bertukar menjadi kanser.

 

1. Terdapat kanser yang diketahui punca yg menyebabkannya contohnya kanser pangkal rahim disebabkan oleh jangkitan virus HPV, merokok menyebabkan kanser paru-paru, kanser kulit disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV yg berpanjangan, dan lain-lain.

 

2. Terdapat banyak jenis kanser yang tidak diketahui punca yang menyebabkannya seperti kanser ovari dan kanser payudara.

 

3. Tidak semua orang yang terdedah kepada punca kanser akan menghidap kanser. Malahan hanya sebahagian kecil sahaja yang akan menghidap kanser kerana badan berkemampuan untuk memperbaiki kerosakan.

 

4. Pakar kanser mendapati bahawa ada faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih mudah mendapat kanser berbanding dengan orang lain. Faktor ini saya namakan faktor penggalak kanser. Contohnya seorang wanita yang dijangkiti virus HPV tidak semestinya akan menghidap kanser pangkal rahim, tetapi jika wanita ini mempunyai faktor penggalak kanser, kemungkinan untuk sel bertukar menjadi kanser adalah lebih tinggi. Contoh faktor penggalak kanser pangkal rahim adalah tabiat melakukan seks rambang, penyakit yang melemahkan sistem pertahanan badan, merokok dan lain-lain.

 

5. Selain daripada virus HPV, terdapat beberapa jenis jangkitan lain yang menyebabkan kanser seperti jangkitan bakteria H.pylori/kanser perut, jangkitan hepatitis B,C/kanser hati, jangkitan HIV/kanser karposi sarkoma & limfoma dan lain-lain. Merawat atau mencegah jangkitan penyakit ini dapat mengurangkan risiko penyakit kanser yang dinyatakan.

 

6. Banyak jenis kanser yg dihidapi oleh manusia TIDAK diketahui puncanya tetapi Pakar Kanser tahu FAKTOR PENGGALAK kanser tersebut. Faktor penggalak meningkatkan risiko menghidap kanser tetapi faktor ini sendiri bukanlah punca utama penyakit kanser. Contohnya pesakit yang gemuk lebih mudah menghidap beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser perut, kanser usus, kanser pankreas, kanser rahim dan beberapa jenis kanser lagi. Orang yang kurang melakukan aktiviti fizikal juga mempunyai risiko menghidap kanser tertentu seperti kanser payudara, kanser usus dan kanser rahim. Makanan yang tidak seimbang dan yang mengandungi bahan kimia juga meningkatkan risiko kanser. Meminum alkohol meningkatkan risiko kanser mulut, tekak, payudara dan usus. Pencemaran udara juga meningkatkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru.

 

7. Terdapat juga faktor tempat kerja yang meningkatkan risiko kanser ke atas pekerja2nya seperti pekerja di ladang pertanian yang menggunakan banyak racun, pekerja bangunan yang terdedah kepada asbestos, cat dan juga cahaya matahari yang berpanjangan, pekerja yang terdedah kepada silika, benzene dll, pekerja yang terdedah kepada pencemaran udara dan radiasi. Walaupun risikonya lebih tinggi daripada pekerjaan lain tetapi tidaklah terlalu tinggi dan mengambil masa berpuluh tahun sebelum kanser boleh berlaku. Pendek kata kanser hanya terjadi apabila pendedahan berlaku dalam jangkamasa yang panjang.

 

8. Hormon juga dikaitkan dengan risiko menghidap kanser jika ianya tidak seimbang. Contohnya hormon estrogen yang tinggi dan berpanjangan di dalam badan boleh mendedahkan seseorang itu menghidap kanser rahim, kanser ovari dan kanser payudara. Hormon ini mungkin dihasilkan oleh badan ataupun diambil daripada luar. Kadangkala hormon ini terkandung di dalam herba dan ubatan yang diambil tanpa mendapat nasihat daripada doktor.

 

9. Hampir 10% daripada kanser yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh kelainan baka yang diturunkan (faktor keturunan). Golongan ini boleh dikesan daripada sejarah keluarga mereka yang ramai menghidap kanser. Mereka ini perlu menjalani kaunseling genetik dan jika perlu boleh menjalani ujian darah mengesan mutasi baka/gene.

 

10. Daripada kefahaman kita di atas berkenaan dengan PUNCA UTAMA kanser dan FAKTOR PENGGALAK kanser maka kita boleh melakukan sesuatu untuk mengurangkan risiko menghidap kanser. Pakar kanser percaya dengan kaedah menjaga berat badan, tidak merokok, tidak meminum alkohol, melakukan senaman yang tetap, mengambil makanan yang seimbang serta bersih, mengamalkan seks yg sihat, tidak mendedahkan kulit kepada cahaya matahari dlm jangkamasa panjang, tidak mendedahkan diri daripada pencemaran alam sekitar dan di tempat kerja dapat mengurangkan risiko menghidap kanser sebanyak 40%.

 

11. Selain daripada no 10 di atas, untuk menurunkan lagi risiko menghidap kanser, mereka2 yang berkelayakan boleh melakukan ujian saringan seperti pap smear, ujian mammogram, ujian darah dlm najis dan lain2. Jangkitan penyebab kanser juga boleh dicegah dengan suntikan vaksin seperti vaksin HPV dan vaksin Hepatitis B. Boleh baca tulisan saya mengenai ujian saringan di pautan berikut : https://www.faktasains.com/…/UJIAN-SARINGAN-KANSER-YANG-TER…

 

12. TIDAK ADA bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan mengambil suplemen (pil,kapsul,jus) dan mengambil air beralkali dapat mencegah penyakit kanser. Sebahagian suplemen termasuk vitamin2 mengandungi antioksidan yang boleh bertindak seperti serampang dua mata dan memudaratkan. Sila rujuk tulisan saya di pautan ini : https://www.faktasains.com/…/SUPLEMEN-ANTIOKSIDAN-MANFAAT-A…

 

13. Setakat ilmu yang dimiliki oleh manusia pada hari ini, walaupun telah dilakukan kesemua di atas, tidak semua kanser dapat dicegah. Lebih kurang 30% daripada kanser yang dihidapi oleh manusia tidak dapat dicegah. Untuk menjadikan ikhtiar kita menjadi lebih baik dan bermakna,maka kita digalakkan untuk berdoa dan bertawakal. Hanya Allah yang akan memberi kesan.

 

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hospital Sultanah Bahiyah

 

Rujukan:

 

https://www.faktasains.com/…/UJIAN-SARINGAN-KANSER-YANG-TER…

https://www.faktasains.com/…/SUPLEMEN-ANTIOKSIDAN-MANFAAT-A…

https://dribnusina.blogspot.my/…/bagaimana-mencegah-kanser.…

 

Please reload

                 Penulis
Recommanded Sites

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now