• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Amalan Rawatan Alternatif dan Herba Semasa Hamil : Manfaat atau Mudarat

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

Pakar Perunding Kanan Obstetriks & Ginekologi

Jabatan Obstetriks & Ginekologi

Hospital Sultanah Bahiyah

Alor Setar, Kedah

 

 

Saya ingin berkongsi hasil kajian yang dijalankan oleh salah seorang Penuntut Sarjana O&G yang kini sudahpun menjadi seorang Pakar O&G dan Pensyarah Fakulti Perubatan UITM, Dr.Juliana Yusof mengenai amalan perubatan komplementari dan altenatif (CAM) semasa hamil khususnya oleh masyarakat melayu di negeri Kedah. Kertas kajian ini telah disiarkan di dalam Jurnal Complimentary Therapies in Clinical Practise bulan Sep 2016 (1).

 

Kajian dijalankan ke atas sejumlah 447 orang ibu-ibu yang hamil di Hospital Sultanah Bahiyah. Berikut adalah beberapa maklumat yang diperolehi:

 

  1. Peratusan ibu-ibu yang mengamalkan CAM semasa hamil adalah 85.4%

  2. Majoriti yang mengamalkan CAM adalah dalam lingkungan usia 26-35 tahun

  3. Majoriti (96.3%) adalah berbangsa melayu dan 68.8% adalah suri rumah

  4. Alasan utama pengambilan CAM adalah untuk tujuan memudahkan kelahiran (45.5%), tradisi turun menurun (31.1%) dan nasihat daripada ibubapa (15.4%).

  5. Pengambilan ubatan herba adalah yang paling kerap diamalkan semasa hamil iaitu 58.3%, diikuti dengan air selusuh (24.3%), produk minuman kesihatan (11.5%), urutan, hemeopati dan akupuntur.

  6. Jenis herba yang paling kerap digunakan adalah “akar kayu bunga Fatimah” (37.7%), diikuti dengan gamat (13.4%). Lain-lain adalah jamu mustika ratu, kacip Fatimah, spirulina dan kopi herba tongkat ali.

  7. Keseluruhannya, wanita-wanita yang mengamalkan CAM ketika hamil didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami anak lemas berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan CAM walaupun kumpulan pertama mendapat sedikit manfaat dari segi peratusan kelahiran normal.

  8. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan selusuh meningkatkan peluang untuk bersalin dengan normal dan jangkamasa bersalin yang lebih singkat kepada ibu yang pernah melahirkan anak. Pengambilan selusuh dan akar kayu bunga Fatimah tidak memberi manfaat kepada wanita yang hamil anak pertama.

  9. Amalan pengambilan gamat tidak memberi apa-apa manfaat kepada ibu hamil samada semasa hamil ataupun semasa melahirkan anak.

  10. Walau bagaimanapun penggambilan lain-lain herba berpotensi memudaratkan proses kehamilan dan kelahiran anak seperti contoh:  

a. Pengambilan kacip Fatimah dan salindah (homeopati) meningkatkan risiko kelahiran

    tidak cukup bulan

b. Pengambilan spirulina meningkatkan risiko kekurangan air ketuban

c. Pengambilan air tongkat ali meningkatkan risiko anak lemas dan penyakit darah

    tinggi.

d. Jamu Mustika Ratu dikaitkan dengan kelahiran anak yang kurang daripada 3 kg

 

KESIMPULAN

 

Kadar amalan pengambilan ubat herba traditional dan alternatif dalam kalangan orang melayu khususnya adalah sangat tinggi iaitu 85.4%. Amalan  menggunakan  selusuh didapati dapat memendekkan jangkamasa proses kelahiran anak walaupun hanya kepada ibu-ibu yang pernah hamil, manakala untuk anak pertama selusuh dapat meningkatkan kadar kelahiran normal. Kesan manfaat akar kayu bunga Fatimah hanya dikesan ke atas ibu-ibu yang sudah pernah hamil manakala ianya tidak memberi manfaat kepada ibu yang hamil anak pertama. Tidak dapat diterangkan bagaimana air selusuh serta akar kayu bunga Fatimah dapat memberi manfaat kepada sebahagian ibu hamil, tetapi kemungkinan kesan penenang dan psikologi tidak dapat dinafikan. Keseluruhannya, ibu-ibu yang mengamalkan perubatan CAM semasa hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat insiden anak lemas ("fetal distress") berbanding dengan ibu-ibu yang tidak mengamalkan perubatan CAM. Pengambilan CAM dalam bentuk makan termasuk herba, gamat, akar kayu, spirulina, Jamu, Kacip Fatimah, air bertenaga, tongkat ali dan lain-lain LEBIH BAIK DIELAKKAN kerana di samping belum ada bukti manfaatnya, sebahagian daripada amalan ini mempunyai risiko ke atas ibu dan anak di dalam kandungan seperti tekanan darah tinggi, anak tidak cukup bulan, kekurangan air ketuban, anak lemas dan berat badan anak yang lebih rendah. Terdapat kajian lain yang menunjukkan bahawa ibu yang mengamalkan herba ketika pantang mempunyai anak yang berisiko lebih tinggi menghidap jaundis (kuning) (2).  Kajian lanjut perlu dijalankan dengan bilangan sampel yang lebih besar untuk mendapat keputusan yang lebih tepat termasuk kesan sampingan jangka panjang.

 

RUJUKAN

 

1. Yusof J, Mahady ZA, Mohd NR, Use of complementary and alternative medicine in pregnancy and its impact on obstetric outcome.Complementary Therapies in Clinical Practice 25 (2016) 155e163 (http://www.ctcpjournal.com/article/S1744-3881(16)30082-2/abstract)

 

2. C.S. Teoh, M.H.I. Aizul, F.S. Wan, Herbal ingestion during pregnancy and postpartum period is a cause for concern, Med. J. Malays. 68 (2013) 100e106.

 

 

 

 

Please reload

                 Penulis
Recommanded Sites

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now