• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Marijuana dan Rawatan Kanser

 

Saya bertemu dengan banyak posting dari pengguna-pengguna facebook dan media sosial yang mendakwa ganja ataupun cannabis boleh merawat kanser. Adakah benar dakwaan tersebut? Sila baca fakta-fakta yang saya kumpulkan di bawah.

Berikut adalah fakta-fakta berkenaan dengan ganja/marijuana/cannabis dan kanser berdasarkan kepada bukti kajian saintifik yang ada setakat hari ini :

 

1. Ganja juga dikenali sebagai marijuana ataupun cannabis

 

2. Bahan aktif yang terdapat di dalam ganja dikenali sebagai Cannabinoids, terdapat banyak jenis cannabinoid dan yang terpenting adalah THC dan CBD.

 

3. Pokok ganja ada banyak spesis dan setiap spesis mengandungi kuantiti Cannabinoids yang berbeza2.

 

4. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cannabinoid di dalam daun ganja telah meningkat dari 1-4% pada masa dahulu kepada 7% pada hari ini.

 

5. TIDAK ada mana-mana Pertubuhan Kanser, Institut Kanser dan lain-lain badan2 antarabangsa termasuk FDA yang mengiktiraf cannabinoid sebagai agent anti-kanser. Salah sebuah pertubuhan kanser adalah American Cancer Society (ACS), sila klik pada paparan ini untuk membaca pendirian ACS mengenai Marijuana dan Kanser.

 

6. TIDAK ada mana-mana Pakar Kanser (Oncologist) di dunia yang mengiktiraf dan menggunakan cannabinoid untuk merawat kanser di dalam amalan klinikal mereka (selain dari untuk tujuan kajian).

 

7. Bukti cannabinoid sebagai agen anti-kanser hanya ditemui oleh kajian ke atas tikus dan setakat ini belum ada kajian besar ke atas manusia. Kajian ke atas manusia baru di peringkat fasa 1, itupun melibatkan beberapa orang pesakit sahaja.Is hanya dikategorikan sebagai "substance with POTENTIAL anti-cancer activity" (hanya berpotensi, itupun jika cannabinoid di ekstrak dan ditentukan kuantitinya, BUKAN dengan makan/minum/hisap rokok/daun ganja).

 

8. Setakat ini hanya 2 jenis cannabinoid yang diekstrak ataupun yang dihasilkan secara sintetik DILULUSKAN untuk kegunaan sebagai ubat iaitu Dronabinol dan Nabilone tetapi hanya untuk kegunaan mengurangkan kesan samping ubat kemoterapi iaitu loya dan muntah.

 

9. Cannabinoids yang terkandung di dalam ganja/cannabis/marijuana jika diambil tanpa kawalan boleh menyebabkan seribu satu komplikasi kesihatan kepada manusia seperti kadar denyutan jantung yang cepat (org sakit jantung boleh mati serta merta), tekanan darah rendah, pening, pitam, halusinasi, sakit jiwa, perasaan ingin membunuh diri, pada lelaki menyebabkan kurang sperma, kemandulan dan KETAGIHAN. Pendek kata ketagihan ganja/cannabis/marijuana adalah penyebab masalah kesihatan dan juga sosial yang sangat serius lebih-lebih lagi jika ianya diambil pada usia muda sebab ketagihan ganja sangat sukar dipulihkan.

 

10. Kesan Cannabinoid adalah lebih cepat jika diambil di dalam bentuk wap atau asap berbanding dengan dimakan. Ganja/marijuana/cannabis yang diambil di dalam bentuk wap boleh masuk ke dalam aliran darah dan sampai ke otak dengan lebih pantas, jadi kesan sampingnya lebih serius. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai risiko mengambil marijuana, sila klik paparan ini.

 

 

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesan samping ganja/marijuana/cannabis ke atas badan manusia sila layari laman web di bawah ini.

 

Link American Cancer Society on Marijuana and Cancer

http://www.cancer.org/treatment/treatmentsandsideeffects/physicalsideeffects/chemotherapyeffects/marijuana-and-cancer

 

Link risk of marijuana

http://healthycanadians.gc.ca/healthy-living-vie-saine/substance-abuse-toxicomanie/controlled-drugs-substances-controlees/marijuana/effects-effets-eng.php

 

Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor

Pakar Perunding Kanser Ginekologi

Unit Ginekologi Onkologi

Jabatan O&G

Hospital Sultanah Bahiyah

Alor Setar, Kedah

 

Please reload

                 Penulis
Recommanded Sites

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now