• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Tidur yang mencukupi boleh membantu usaha mengurangkan berat badan

September 23, 2016

 

Membakar kalori selalunya dikaitkan dengan melakukan aktiviti. Lagi banyak aktiviti fizikal dan lagi tinggi berat badan anda, lagi banyak kalori yang dibakar. Bila anda bakar kalori, anda juga mencegah kalori berlebihan daripada ditukarkan kepada lemak badan. Jadi kalau nak kurangkan berat badan, anda perlu bakar lebih banyak kalori daripada kalori yg anda ambil. Rupa-rupanya semasa tidurpun badan anda membakar kalori. Kalori dibakar semasa tidur untuk mempertahankan fungsi badan termasuk pernafasan, mengawal suhu badan, metabolism sel, memperbaiki tisu yang rosak dan kerja mengepam darah. Contohnya jika berat badan anda 72kg, anda akan membakar 69 kalori setiap jam, semasa tidur. Lagi tinggi berat badan, lagi banyak kalori yang dibakar semasa tidur bagi setiap unit masa.

 

Jika anda tidur 8 jam dan berat badan anda 72kg, jumlah kalori yang dibakar adalah 69X8 ataupun 552 kkalori. Bandingkan dengan kalori yang anda bakar semasa berjalan kaki iaitu 219 kalori setiap jam (dgn kelajuan berjalan 2 mph), jadi anda perlu berjalan selama 2.5 jam untuk membakar kalori sama dengan tidur 8 jam.

 

Tidur dalam keadaan sejuk lebih banyak membakar kalori sebab badan perlu menghasilkan haba untuk mengekalkan suhu badan. Tidur nyenyak lebih membakar kalori daripada tidur ayam ataupun tidur yang terganggu. Malah kajian menunjukkan bahawa anda membakar lebih kalori dengan tidur nyenyak (REM sleep) daripada duduk sahaja sambil menonton TV. Terdapat kajian membandingkan dua golongan yang mengambil jumlah kalori yang sama tetapi jumlah masa tidur yang berbeza, golongan yang tidurnya lebih panjang kehilangan berat badan yang lebih besar. Golongan yang jangkamasa tidurnya lebih pendek juga didapati kehilangan otot yang lebih besar. Penyelidik juga mendapati individu yang kurang tidur mempunyai nafsu makan yang lebih besar disebabkan oleh peningkatan kandungan hormon peransang selera makan. Bila anda kurang tidur, badan akan mengurangkan kadar pembakaran kalori untuk mengekalkan tenaga. Tidur yang mencukupi dan berkualiti dapat memberi banyak manfaat termasuk dapat membantu usaha anda mengurangkan berat badan. Kenyataan yang bunyinya pelik tetapi benar.

 

Dato’Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Hospital Sultanah Bahiyah

 

Rujukan: 
https://www.psychologytoday.com/…/…/sleep-more-burn-more-fat
Nedeltcheva AV, Kilkus JM, Imperial J, Ann Intern Med. 2010;153(7):435-441. doi:10.7326/0003-4819-153-7-201010050-00006

Please reload

                 Penulis
Recommanded Sites

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now