• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

MASALAH TIDUR YANG BERLEBIHAN

September 23, 2016

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

MD,MOG (UKM),FGO (S'pore),AM
 

 

Di dalam rencana yang lain saya ada menulis tentang salah satu manfaat tidur yang nyenyak dan panjang, iaitu ianya membakar kalori pada kadar yang lebih tinggi daripada tidur yang tidak nyenyak dan mencukupi. Walau bagaimanapun jangkamasa tidur nyenyak mempunyai hadnya kerana jika terlalu panjang, ada sesuatu yang tidak kena dan ada mudarat yang bakal dihadapi oleh anda.

 

 

Berikut adalah beberapa masalah kesihatan yang dikaitkan dengan tidur yang panjang:


 

1. Tidur yang lebih panjang daripada yang disyorkan meningkatkan gejala-gejala tekanan perasaan ("depressive symptoms") (1,2)

 

2. Tidur yang tidak mencukupi dan tidur yang terlalu panjang mempunyai kesan yang sama ke atas masalah kebal insulin ("insulin resistance"). Kajian menujukkan bahawa seseorang yang tidur tidak mencukupi dan yang lebih panjang daripada yang disyorkan mempunyai 2 kali lebih tinggi risiko mendapat diabetes jenis 2 dalam masa 6 tahun (3)

 

3. Masalah berat badan. Kajian menunjukkan bahawa tidur yang tidak mencukupi dan tidur yang terlalu panjang mempunyai kesan yang sama ke atas peningkatan berat badan. Untuk mendapat manfaat di dalam pengawalan berat badan, tidur hendaklah mencukupi dan nyenyak serta diikuti dengan program mengawal pengambilan makanan dan senaman. Walau bagaimanapun jika tidur terlalu panjang ia boleh mendatangkan kesan paradok di mana mengikut kajian yang dilakukan seseorang yang tidur melebihi 10 jam sehari mempunyai risiko 25% lebih tinggi untuk mendapat peningkatan berat badan sebanyak 5 kilogram dalam masa 6 tahun (3)

 

4. Masalah Jantung contohnya sakit dada angina dua kali ganda lebih kerap dialami oleh individu yang tidur melebihi tempoh yang disyorkan (4)

 

5. Masalah ingatan dan gangguan fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa orang yang kuat tidur mempunyai kadat penuaan otak yang lebih cepat ("brain ageing"). Mereka juga mempunyai risiko lebih tinggi mengalami fungsi koknitif ("cognitive function") yang terganggu dan mendedahkan kepada risiko nyanyok (5)

 

6. Serangan sakit kepala dan migran juga lebih kerap kepada individu yang kuat tidur. Puncanya tidak diketahui secara pasti tetapi dikaitkan dengan gangguan penghasilan neurotransmitter di dalam otak.

 

7. Kematian pramatang ("Premature death"). Kajian metaanalsis yang melibatkan 16 kajian menunjukkan bahawa individu yang kekurangan tidur dan berlebihan tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi (1.3 kali lebih tinggi) untuk mati pada usia yg lebih muda.

 

Kesimpulannya tidur hendaklah MENCUKUPI, tidak terlalu panjang hingga boleh memudaratkan. Jangkamasa tidur yang mencukupi bergantung kepada usia seseorang, bayi dan kanak2 memerlukan tidur yang lebih panjang berbanding dengan orang dewasa. Jadual yang dikepilkan adalah cadangan jangkamasa tidur yang disyorkan oleh National Sleep Foundation berdasarkan kepada kajian-kajian dan pendapat pakar-pakar di dalam bidang tidur (6).

 

 

 

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Rushdan Noor

Hospital Sultanah Bahiyah

www.faktasains.com

 

Rujukan:

 

1. http://www.aasmnet.org/articles.aspx?id=4534

2. http://journalsleep.org/ViewAbstract.aspx?pid=29319

3. https://www.eurekalert.org/pub_releases/2009-04/ul-tmo042109.php

4. http://www.huffingtonpost.com/2012/03/27/sleep-heart-problems-too-much-too-little_n_1380730.html

5. http://www.journalofpsychiatricresearch.com/article/S0022-3956(13)00292-6/abstract

6. https://sleepfoundation.org/

 

Please reload

                 Penulis
Recommanded Sites

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now