Adakah anda memerlukan penapis air?



Air adalah keperluan asas untuk kesihatan dan fungsi badan yang normal. Tanpa air anda tidak boleh hidup lebih dari satu minggu. Saya telah menulis mengenai air dan bagaimana air dirawat sebelum ianya sampai ke dalam rumah anda (klik disini untuk membaca). Di dalam rencana tersebut saya telah terangkan dengan mendalam bagaimana air mentah dirawat bagi menghasilkan air yang bersih dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Air yang dirawat tersebut akan dipantau secara berkala oleh pihak yang berwajib bagi memastikan ianya kekal bersih. Sebenarnya sistem merawat air yang dilaksanakan oleh kerajaan ini adalah sangat komprehensif dan tidak salah jika ianya digambarkan sebagai sebuah alat penapis air mega yang besar. Maksudnya, air yang sampai ke rumah anda itu sebenarnya sudah ditapis dengan kaedah tapisan yang berkualiti supaya ianya selamat digunakan oleh anda termasuk untuk meminum. Kandungan bahan-bahan mineral, klorin, florida dan lain-lain dipastikan berada di dalam julat yang selamat pada setiap masa. KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA SELANJUTNYA.....

                 Penulis

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

Recommanded Sites