• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Air Zam-Zam dan Air Beralkali : Adakah keduanya sama?

PENDAHULUAN

 

Saya telah menulis panjang lebar mengenai hakikat sebenarnya amalan mengambil air beralkali di dalam rencana yang lepas (sila rujuk di sini). Apa yang menjadi persoalan adalah dakwaan syarikat pengeluar alat penapis yang memproses air paip untuk dijadikan air beralkali melalui proses hidrolisis, di mana air alkali yang dihasilkan ini dikatakan boleh merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan darah tinggi. Dakwaan ini tidak berasaskan kepada bukti kajian klinikal yang kukuh dan sangat mengelirukan masyarakat. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KPK) telah mengambil tindakan ke atas syarikat yang berkenaan kerana tidak mendapat kelulusan untuk mendakwa manfaat yang tersebut. (Kenyataan penuh KPK boleh didapati di sini). Ini bukan sahaja peringatan kepada syarikat yang berkenaan tetapi juga kepada mana-mana syarikat dan pengeluar produk air alkali yang lain. Walaupun sudah diberi penerangan kepada orang ramai mengenai hakikat air beralkali ini, masih ramai ahli masyarakat yang tegar dan tidak menerima penerangan yang diberikan, ini mungkin disebabkan oleh faktor kepentingan perniagaan hasil dari jualan produk penapis yang berkenaan. 

 

MAKLUMAT MENGENAI AIR ZAM-ZAM

 

Air zam-zam adalah air yang suci dari sisi penganut agama Islam dan meminum air ini adalah sunnah yang diamalkan oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw. Untuk menulis tentang air zam-zam ini memerlukan tulisan yang panjang kerana sejarahnya yang menjangkau  4000 tahun dahulu. Berikut adalah beberapa fakta mengenai air zam-zam untuk pengetahuan kita.

  1. Air zam-zam  adalah sejenis air mentah yang dihasilkan di bawah muka bumi (“spring water”)

  2. Dipercayai menjadi sumber air semenjak 4000 tahun dahulu

  3. Sejarah penemuan air dan telaga zam-zam bermula apabila Nabi Ibrahim meninggalkan isteri Baginda,Siti Hajar di padang pasir (di atas perintah Allah) bersama dengan anak mereka Ismail. Di dalam kedahagaan, Siti Hajar berulang alik sebanyak 7 kali di antara bukit Safa dan Marwah mencari air untuk Nabi Ismail. Dengan kehendak Allah, Malaikat Jibrail membantu mengeluarkan mata air dari permukaan bumi. Apabila Siti Hajar nampak mata air itu, beliau cepat2 cuba mengumpul dan memperlahankan aliran air itu dengan pasir dan batu. Semasa melakukannya Siti Hajar berkata berulangkali Zam Zam yang bermaksud “berhenti-berhenti”. Dari sinilah nama air Zamzam diperolehi.

  4. Telaga Zamzam terletak lebih kurang 20 meter dari Kaabah, di sebelah barat.

  5. Telaga Zamzam digali dengan tangan , mempunyai kedalaman 30.5 meter, dengan garispusat tengahnya daripada 1.08-2.66 meter.

  6. Telaga Zamzam terletak di kawasan yang dikenali sebagai Lembah Ibrahim (Wadi Ibrahim, Valley of Abraham) yang mempunyai keluasan 60 km persegi.

  7. Pada bahagian 13.5 meter atas telaga zamzam, telaga ini dikelilingi oleh lapisan tanah berpasir tetapi dinding telaga dibina dengan batu bata, manakala di bahagian bawah sedalam 17 meter, ianya terbina dari batu diorite (mengandungi silica, biotite, hornblende ). Di antara bahagian atas dan bawah telaga ini terletaknya batu yang yang mengalir dicelahnya air zamzam masuk ke dalam  telaga zamzam.

  8. Sumber air zamzam yang utama adalah aliran air bawah tanah dan ianya juga disumbang oleh air hujan yang jatuh di kawasan Lembah Ibrahim. Jadi kuantiti air yang terdapat dalam telaga zamzam boleh dipengaruhi oleh taburan hujan setiap tahun.

  9. Disebabkan oleh pembangunan yang sangat pesat di Mekah termasuk di Lembah Ibrahim, sumber air hujan untuk telaga zamzam boleh menjadi terjejas dan perkara ini dipantau dan diatasi oleh ZSRC supaya paras telaga zamzam tidak terjejas.

  10. Telaga Zamzam sekarang ini diletakkan di dalam bilik dilindungi oleh panel gelas. Pam elektrik digunakan untuk menyedut air Zamzam dari telaga. Pelawat tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik telaga zamzam. Pada bahagian tengah inilah sumber utama air zamzam masuk ke dalam telaga.

  11. Air zamzam dipantau sepanjang masa oleh alat yang canggih yang akan membaca dan merekodkan keputusan secara digital. Di antara parameter yang dipantau adalah paras air (water level), konduktiviti elektrik, pH, suhu, bakteria, bahan kimia dan lain-lain.

  12. Pengeluaran air zamzam yang dibenarkan setiap tahun adalah 500,0000 meter padu tapi boleh ditingkatkan jika berlaku hujan. Ini bagi memastikan air tidak digunakan berlebihan dari kemampuan telaga.

  13. Pemantauan air zamzam dilakukan oleh ZSRC  (Zamzam Studies and Research Centre)( http://www.sgs.org.sa/English/earth/pages/zamzam.aspx )

  14. Sampel air zamzam diuji setiap minggu, air zamzam kemudian akan ditapis (dengan penapis berperingkat) dan disterilkan (nyahkuman) dengan kaedah pancaran sinaran ultra-unggu sebelum diedarkan kepada pengguna.

  15. Kajian terhadap air zamzam masih belum mencukupi dan sukar untuk mendapatkan maklumat tepat kerana banyak faktor yang akan mempengaruhi keputusan ujian air seperti sumber air diambil, faktor masa, metodologi kajian, kaedah pengukuran bahan dan individu atau institusi yang menjalankan ujian.

     

 Gambaran telaga zam-zam dan kedudukannya dengan kaabah

 

ADAKAH AIR ZAM-ZAM SAMA DENGAN AIR BERALKALI ?

 

Salah satu alasan yang digunakan oleh pengguna dan pengedar alat penapis air beralkali adalah alasan bahawa air zam-zam adalah air beralkali dan tentulah mengambil air beralkali ini adalah baik kerana ianya sunnah nabi. Saya ingin menjawab secara ringkas dakwaan mereka ini dengan beberapa hujah2 berikut:

 

1. Sunnah meminum air zam zam adalah jelas dan kita tidak boleh pertikaikan terutama semasa melakukan ibadah haji.

 

2. Menyamakan air zam-zam dgn air beralkali yg dihasilkan hari ini adalah tidak wajar sama sekali. Air zam zam diperolehi dari telaga zam-zam, manakala air alkali pd hari ini diproses dari air paip dgn kaedah hidrolisis. Sifat alkali dlm air zam2 adalah semulajadi, sedangkan air beralkali yang ada pada hari ini melalui proses hidrolisis yang memisahkan ion Hidrogen dengan Hidroksida, iaitu melalui tindakan arus elektrik dan kemudiannya tindakbalas kimia. Walau pun air zam-zam juga beralkali, khasiat yg ada pdnya tidak semestinya datang dari ciri2 alkali tetapi adalah dari air dan kandungan elemen2 lain di dalamnya. Malahan ciri alkali ini adalah sifat semulajadi  air yg diperolehi dari mana2 telaga bawah tanah.

 

3. Menggunakan hujah agama utk menjustifikasikan pengambilan air beralkali adalah salah satu bentuk eksploitasi agama. Tidak ada dlm teks quran dan nas yg berkata minum air beralkali itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Tetapi nabi menyebut air zam-zam boleh menghilangkan dahaga, sumber nutrisi dan boleh menyampaikan apa sahaja hajat zam-zam itu diminum serta ada hadith hasan yg menyebut rawatan penyakit (baca rujukan sini). Sekali lagi, jgn samakan air zam-zam dgn air beralkali. Sila baca juga mengenai maksud perubatan islam di pautan rujukan di bawah (rujukan di sini).

 

4. Kajian saintifik klinikal yg besar ke atas khasiat air zam-zam terhadap merawat penyakit adalah sukar dilakukan kerana beberapa sebab di antaranya adalah isu etika, metodologi dan ketulinan air zam-zam pd hari ini tidak sama seperti di zaman rasulullah. Air zam-zam yg kita perolehi hari ini telah melalui proses rawatan utk membunuh bakteria dan terdedah kepada pencemaran kerana pembangunan yg berlaku di lembah ibrahim (rujukan di sini). Jadi pd masa ini agak sukar utk kaitkan khasiat air zam2 dgn merawat penyakit2 tertentu, bukan sebab ianya tidak berkhasiat tetapi manusia belum mampu utk menemuinya lagi. Biarlah kita letakkan meminum air zam2 itu pada kedudukan tinggi dalam agama kita sebagai satu sunnah mengikut amalan ibadah yg dilakukan oleh Rasul junjungan kita, tanpa kita mencipta dakwaan2 palsu tambahan mengenainya dan dikaitkan pula dengan nama Baginda.

 

5. Setakat ini belum ada kajian saintifik yg kukuh utk mengaitkan minum air beralkali dgn pencegahan dan rawatan penyakit kronik dan lain2 penyakit yg tersenarai. Malahan terdapat potensi masalah kesihatan yg boleh dikaitkan dgn pengambilan air beralkali secara berpanjangan (sila baca rujukan di sini). Penggunaan air beralkali ada digunakan oleh pihak doktor untuk merawat satu keadaan yang dinamakan asidosis tetapi keadaan ini adalah masalah kesihatan serius yang memerlukan rawatan rapi oleh pakar dan tidak boleh dirawat oleh pengamal yang tidak bertauliah. Saya bersetuju dgn pendapat bahawa tidak bertemu dgn khasiat tidak semestinya tidak ada, tetapi mungkin masih belum bertemu. Tetapi dlm keadaan hari ini, jika ada org bertanya betul ke air beralkali boleh merawat pelbagai penyakit kronik ataupun lain penyakit? Jawapannya mestilah "setakat ini belum ada bukti yg kukuh". Apa yg malangnya adalah pengeluar produk air beralkali terus mendakwa bahawa air beralkali BOLEH menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dan ini boleh dianggap satu bentuk penipuan fakta yg mengelirukan pengguna. Apabila pengguna keliru, mereka akan mula menjauhkan diri ataupun lambat menerima rawatan yg sudah terbukti berkesan dan akhirnya mereka menghadapi pelbagai komplikasi penyakit.

 

6. Kepada pengamal2 perubatan samada moden mahupun alternatif, jujurlah di dlm memberi pendapat. Pengalaman sendiri dan testimoni2 dari pengguna bukanlah satu pembuktian yg kukuh. Apa yg anda nyatakan pd pelanggan atau pesakit anda adalah tanggungjawab yg besar. Saya dapati ada pengamal-pengamal ini hanya berpandukan kepada pengalaman sendiri merawat ataupun melihat seorang dua pesakit mengambil air beralkali untuk rawatan kanser atau penyakit kronik yang lain sudah boleh mendakwa keberkesanan air beralkali untuk merawat kanser sedangkan ianya adalah testimoni semata-mata. Tambahan pula pesakit-pesakit ini telahpun dirawat dengan kaedah rawatan moden. Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh mengelirukan serta memudaratkan pesakit dan orang ramai. Sila baca tulisan saya mengenai testimoni di rujukan di sini.

 

 Air zam-zam yang diminum oleh umat Islam hari ini sudah dirawat dengan menggunakan penapis dan juga rawatan ultra-unggu untuk membunuh kuman. (sumber : www.sgs.org.sa/English/earth/Pages/Zamzam.aspx )

 

Untuk hujah2 tambahan, sila baca tulisan Dr. Suhazeli di bawah (rujukan 7) dan senarai2 rujukan yg saya sertakan.

 

Rujukan (untuk bacaan tambahan)

 

1. www.sgs.org.sa/English/earth/Pages/Zamzam.aspx
2. http://dribnusina.blogspot.my/2016/03/perlukah-anda-mengambil-air-beralkali.html?m=1
3. http://dribnusina.blogspot.my/2016/05/testimonitestimonitestimoni.html?m=1
4. http://dribnusina.blogspot.my/2015/06/menilai-keberkesanan-produk-kesihatan.html?m=1
5. http://dribnusina.blogspot.my/2016/03/apakah-perubatan-islam.html?m=1
6. https://almanhaj.or.id/2581-keistimewaan-air-zam-zam.html

7.https://m.facebook.com/drsuhazeli/photos/a.546576668714994.1073741824.546572572048737/1095967880442534/?type=3

 

 

Rencana ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana institusi ataupun pertuuhan.

Please reload

                 Penulis
Recommanded Sites

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now