• Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Adakah Produk "Semulajadi", "Tulin" dan "Bebas Kimia" itu lebih baik?

June 11, 2016

James Kennedy

Graduated in Natural Sciences at University of Cambridge

VCE Chemistry Teacher

Haileybury, Australia

(Tajuk asal rencana: “Chemophobia” is irrational, harmful – and hard to break”)

 

Penterjemah:

Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor

 

 

 

Manusia sememangnya sudah mempunyai perasaan ataupun kepercayaan tentang adanya hubungan yang erat di antara manusia dan alam semulajadi.  E O Wilson memanggil ini sebagai BIOPHILIA iaitu perasaan ingin untuk disatukan atau dikaitkan dengan bentuk hidupan yang lain (“the urge to affiliate with other forms of life”). Perasaan adanya hubungan tersebut akan memberi satu kepuasan emosi kepada manusia tersebut. Ia dapat mengurangkan tahap kemarahan, kerisauan dan sakit. Tidak dapat dinafikan bahawa ianya dapat membantu spesis kita untuk hidup, kerana pada asasnya kita memang bergantung kepada alam sekitar dan ekosistem. Tapi malangnya kebelakangan ini biophilia telah mengwujudkan satu jenis fobia ataupun ketakutan yang dinamakan chemophobia (fobiakimia) iaitu takut ataupun menolak bahan kimia yang dihasilkan secara sintetik.

 

Chemophobia ini wujud hasil dari gerakan alam sekitar moden terutamanya dari hasil tulisan Rachel Carson di dalam bukunya (1962) yang berjudul Silent Spring, yang memberi gambaran bahan kimia sebagai pengancam dan sabahat kepada radiasi yang masuk ke dalam tubuh serta dibawa dalam bentuk jaringan beracun dan punca kematian dari satu hidupan kepada hidupan yang lain. Tulisan Carsons ini berjaya menjadi aspirasi penghasilan gas tanpa pelambum, menwujudkan Akta US Udara Bersih (US Clean Air Act), Larangan penggunaan DDT dan banyak lagi perkembangan teknologi penjagaan alam sekitar yang penting. Walau bagaimanapun, di sebalik alam sekitar menjadi lebih bersih, tulisan Carsons ini juga mengwujudkan gerakan pelampau anti-bahan kimia sehingga pada mereka semua bentuk bahan kimia artifisial (buatan) adalah dianggap pencemar. Tanggapan salah ini telah menyebabkan timbulnya desakan supaya produk yang dihasilkan hendaklah “semulajadi” ataupun “bebas bahan kimia” (“chemical-free”).

 

Pada hakikatnya, produk semulajadi sebenarnya mempunyai lebih banyak bahan kimia daripada apa-apa sahaja produk yang dihasilkan di dalam makmal. Untuk memberi gambaran dan contoh, saya ambil buah pisang dan saya senaraikan kandungan bahan kimia yang boleh diekstrak dari buah pisang semulajadi seperti yang tersenarai di jadual 1 di bawah:

 

Jadual 1 : Ingredien ataupun kandungan "bahan kimia"/ingredien di dalam buah pisang

 

KANDUNGAN "BAHAN KIMIA"/INGREDIEN DI DALAM BUAH PISANG

WATER (75%), SUGARS (12%) (GLUCOSE (48%), FRUCTOSE (40%), SUCROSE (2%), MALTOSE (<1%)), STARCH (5%), FIBRE E460 (3%), AMINO ACIDS (<1%) (GLUTAMIC ACID (19%), ASPARTIC ACID (16%), HISTIDINE (11%), LEUCINE (7%), LYSINE (5%), PHENYLALANINE (4%), ARGININE (4%), VALINE (4%), ALANINE (4%), SERINE (4%), GLYCINE (3%), THREONINE (3%), ISOLEUCINE (3%), PROLINE (3%), TRYPTOPHAN (1%), CYSTINE (1%), TYROSINE (1%), METHIONINE (1%)), FATTY ACIDS (1%) (PALMITIC ACID (30%), OMEGA-6 FATTY ACID: LINOLEIC ACID (14%), OMEGA-3 FATTY ACID: LINOLENIC ACID (8%), OLEIC ACID (7%), PALMITOLEIC ACID (3%), STEARIC ACID (2%), LAURIC ACID (1%), MYRISTIC ACID (1%), CAPRIC ACID (<1%)), ASH (<1%), PHYTOSTEROLS, E515, OXALIC ACID, E300, E306 (TOCOPHEROL), PHYLLOQUINONE, THIAMIN, COLOURS (YELLOW-ORANGE E101 (RIBOFLAVIN), YELLOW-BROWN E160a), FLAVOURS (3-METHYLBUT-1-YL ETHANOATE, 2-METHYLBUTYL ETHANOATE, 2-METHYLPROPAN-1-OL, 3-METHYLBUTYL-1-OL, 2-HYDROXY-3-METHYLETHYL BUTANOATE, 3-METHYLBUTANAL, ETHYL HEXANOATE, ETHYL BUTANOATE, PENTYL ACETATE), 1510, NATURAL RIPENING AGENT (ETHENE GAS).

 

 

Maklumat di atas memberi makna yang sangat besar iaitu sebenarnya tidak ada garis pemisah ataupun perbezaan di antara bahan kimia sintetik/buatan dengan bahan semulajadi. Hakikatnya, ingredien/bahan kimia yang sintetik tidak secara automatiknya adalah merbahaya, manakala bahan kimia "semulajadi" pula tidak semestinya selamat. Racun Botulinum dihasilkan oleh bakteria yang hidup di dalam madu  adalah 1.3 bilion kali lebih toksik dari logam plumbum (lead) dan sebab itulah anak kecil kurang dari usia 1 tahun tidak boleh mengambil atau memakan madu. Satu cawan biji buah apel mengandungi cukup sianida (cyanide) semulajadi untuk membunuh seorang manusia dewasa. Bahan kimia semulajadi boleh memberi manfaat, neutral ataupun memudaratkan bergantung kepada dos dan bagaimana ianya diambil, sama seperti bahan kimia sintetik. Samada bahan kimia itu semulajadi ataupun sintetik bukanlah kayu ukur untuk menilai keselamatan (safety) sesuatu produk.

 

Salah faham mengenai kompoun semulajadi versus sintetik boleh membawa akibat yang sangat buruk. Contohnya kebimbangan terhadap formaldehyde. Formaldehyde terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan, sayuran, daging, telur dan dedaun. Ianya didapati di dalam kepekatan yang tinggi di dalam itik Peking (120 bahagian per juta), ikan salmon yang dibakar (50 ppm) dan daging yang diproses. Ianya juga ditemui pada kadar 2 ppm di dalam badan manusia yang sihat, di mana ianya memainkan peranan penting di dalam pembentukan DNA. Formaldehyde juga digunakan di dalam pelbagai industri sebagai bahan pengawet.

 

Orang ramai dapat menerima secara spontan semua sumber-sumber formaldehyde semulajadi yang wujud di sekeliling mereka, tetapi kandungan yang sangat sedikit formaldehyde di dalam vaksin dan kosmetik telah menimbulkan bantahan, walaupun semua formaldehyde adalah sama sahaja dari segi komposisi kimianya iaitu CH2O. Contoh insiden yang berlaku pada tahun 2013 di mana Johnson & Johnson terpaksa membelanjakan 10 million dollar Amerika untuk menukar formulasi produk penjagaan kulitnya. Mereka terpaksa melakukannya walaupun kandungan formaldehyde di dalam produk mereka terlalu rendah dan dikatakan seseorang dewasa yang sihat perlu melakukan 40 juta kali mandi dalam satu hari menggunakan produk tersebut barulah boleh mendapat komplikasi yang serius.

 

Vaksin juga mengandungi sedikit formaldehyde. Kebimbangan mengenai kandungan formaldehyde buatan ini adalah salah satu alasan mengapa ada segelintir masyarakat yang enggan mengambil vaksin, walaupun kandungan formaldehyde di dalam vaksin (100 ug) adalah 80 kali lebih kurang dari formaldehyde yang terdapat di dalam sebiji buah pear (12,000 ug). Kandungan formaldehyde di dalam vaksin terlalu rendah sehingga pemberian vaksin ini tidak langsung mengubah kandungan formaldehyde semulajadi di dalam darah anak-anak. Berbeza dengan kuantiti formaldehyde yang sangat sedikit di dalam vaksin, kesan tidak mengambil vaksin boleh menyebabkan lebih besar kemudaratan contohnya wabak demam campak di California, German dan Wales beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Melawan perasaan takut (chemophobia) adalah sukar tetapi tidak mustahil. Komuniti pakar sains menjelaskan bahawa chemophobia adalah keraguan/prasangka bukan klinikal (non-clinical prejudice) sama seperti homophobia  ataupun xenophobia (kebencian ataupun ketakutan luar biasa terhadap orang asing dari negara lain)- iaitu bukan fobia atau ketakutan perubatan (medical phobia), sebaliknya  ketakutan/kebencian yang dipelajari (learned aversion). Jenis fobia seperti ini mempunyai harapan untuk dipulihkan.

 

Banyak jalan penyelesaian perlu dimulakan semenjak dari peringkat sekolah lagi. Guru-guru di sekolah dan kolej yang mengajar matapelajaran kimia patut menangkis dakwaan dan mengikis persepsi bahawa makmal kimia adalah tempat yang tercemar dan tempat di mana bahan pencemar dihasilkan. Seperti mana seorang pelajar memberi maklumbalas kepada saya “Jika saya tidak boleh makan di dalam makmal sebab takut pencemaran, bagaimana pula makanan yang dihasilkan di dalam makmal boleh dimakan dengan selamat?” Kita tidak boleh mengenepikan kepentingan keselamatan di kelas kimia, tetapi kita boleh memperbetulkan tanggapan salah murid-murid. Guru-guru perlu bercakap mengenai mutu kawalan industri dan teknik penulinan/pembersihan yang tinggi piawaiannya untuk menyampaikan mesej bahawa bahan-bahan kimia "sintetik" yang dihasilkan ini adalah selamat digunakan oleh manusia.

 

Kita perlu mendidik pengguna bahawa produk berlabelkan “semulajadi” itu tidak semuanya selamat supaya ini dapat menggalakkan pengguna supaya bijak memilih produk yang terbaik untuk mereka. Memperketatkan peraturan terma pemasaran adalah juga penting. Pasaran global produk-produk “semulajadi” dan “organik” untuk penggunaan peribadi dianggarkan mencapai 16 bilion dollar Amerika pada tahun 2020, walaupun produk-produk tersebut pada amnya tidak pernah terbukti lebih selamat ataupun lebih berkesan dari produk-produk “sintetik” yang sama. Perkataan tulin sepatutnya hanya merujuk kepada produk yang mengandungi satu jenis ingredien sahaja (garam tulin, tepung tulin, gula tebu tulin, air tulin). Produk “semulajadi” sepatutnya dijual di dalam bentuk asalnya dari alam semulajadi dan perkataan “semulajadi” sepatutnya ditegah penggunaannya di dalam terma pemasaran (marketing term) untuk produk kosmetik dan lain-lain. Akhir sekali, penggunaan perkataan “bebas bahan kimia” (chemical-free)-secara lojiknya ini adalah sesuatu yang mustahil- ke atas mana-mana produk patut dihentikan.

 

Masalah chemophobia sudah berakar umbi jauh ke dalam. Kita telah meletakkan tahap risiko yang di luar kewarasan lebih dari yang sepatutnya. Penduduk Amerika mempunyai kemungkinan 35,000 kali lebih tinggi untuk mati akibat penyakit jantung berbanding dengan ancaman pengganas, tetapi terorisme adalah punca kebimbangan yang paling tinggi dalam kalangan penduduk Amerika. Hanya dengan pengetahuan ilmu kimia dan toksikologi yang lebih baik sahaja dapat menilai risiko bahan kimia dengan lebih rational dan sihat. Kemudian baru kita dapat membawa balik chemophobia kepada biophilia-mewujudkan kesedaran bahawa manusia sebenarnya dihubungkan secara kimia dengan apa sahaja yang ada di sekelilingnya di dalam dunia ini.

 

PRODUK MAKANAN SEMULAJADI DAN ORGANIK LEBIH ENAK?

 

Perkataan “organik” adalah merujuk kepada teknik pertanian, jadi makanan yang dihasilkan secara organik dari ladang sahaja yang selayaknya dikatakan organik. Jika bahan organik ini dimasukkan ke dalam produk kesihatan ataupun kecantikan, ianya belum cukup untuk mengkategorikannya sebagai produk organik kerana terdapat banyak bahan-bahan kimia sintetik lain di dalamnya.

 

Disebabkan oleh salah faham bahawa produk semulajadi, tulin atau bebas kimia itu adalah lebih baik dari produk sintetik maka banyak pengeluar produk meletakkan perkataan tersebut di kotak produk mereka supaya dapat menarik pembeli. Dengan menggunakan perkataan tersebut, mereka juga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga produk. Kajian menunjukkan bahawa perkataan-perkataan  tersebut memang mempunyai tarikan kepada pembeli terutama pembeli yang mengalami Chemophobia ini. Satu kajian telah dilakukan oleh Boyka Bratanova dari University Abertay yang membuat perbandingan respon dari pengguna terhadap biskut yang sama tetapi dilabelkan berbeza. Salah satu darinya dilabelkan Organik, Locally produced, Carbon-neutral biskut (lihat rajah di bawah) , manakala satu lagi hanya dilabelkan biskut. Apabila pengguna mengambil kedua-dua biskut tersebut, didapati mereka mengatakan bahawa biskut yang dilabelkan organik dan carbon-neutral itu lebih sedap, sedangkan hakikatnya kedua-dua biskut adalah sama.

 

 

 

 

https://aeon.co/ideas/chemophobia-is-irrational-harmful-and-hard-to-break?preview=true

https://aeon.co/users/james-kennedy)

Bratanova et al. Savouring morality: moral satisfaction renders food of ethical origin subjectively tastier. Appetite, November 27, 2015

 

Please reload

                 Penulis
Recommanded Sites

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

DSDK.,SDK.,AMK.,BCK

MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM

Klik di sini untuk biodata

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now